Kelas Softskill – Melukis Telur, Mewarna & Mendekorasi Telur Sempena Hari Easter

25 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas Softskill kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk merangsang kemahiran koordinasi tangan dan kreativiti peserta dalam membuat sesuatu tugasan.

Dalam sesi pertama kelas ini, setiap peserta telah diberi sebiji telur ayam yang telah siap direbus. Peserta diajar cara mencari idea lukisan telur menggunakan tablet di laman web Google.com. Mereka kemudian diberi masa untuk melukis telur berkenaan berdasarkan idea yang diperolehi dan kreativiti masing-masing.

Pada sesi kedua pula setiap peserta dikehendaki untuk mewarna dan mendekorasi telur ayam yang telah siap dilukis menggunakan marker berwarna. Mereka turut mendekorasi telur ayam masing-masing menggunakan tisu dan gam yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali